Tuesday, August 3, 2010
Monday, August 2, 2010
2nd Project..Kolam Kanvas
Salam semua..post kali ni sy nk kongsi proses membina rangka utk kolam kanvas pula..luas kolam ni 10'x10'x3'..rangka kolam ni sy buat sendiri menggunakan kayu2 terpakai je..
Rangka dh siap..pasang kanvas pd kerangka kolam..di belakang kolam kanvas ni anda bleh nampak kolam tanah yg menempatkan anak ikan baung..my 1st project..
Penghuni kolam...anak baung sampai..
Salam semua..lama btl x update blog ni..projek menternak ikan baung ni terpaksa 'direhatkan' seketika kerana pelbagai mslh termasuklah mengumpul modal hehehe..benih baung ni sy dapat di Paroi,NS..harga seekor saiz 2-2.5" 0.45 sen seekor..buat permulaan 1000ekor benih baung dibeli..ini adalah utk percubaan dulu coz mmg xde pengalaman dlm penternakan ikan ni..Terima kasih kepada Cikman Paroi yg byk membantu dan memberi nasihat dan tunjuk ajar..
Anak ikan dilepaskan perlahan-perlahan stlh direndam bersama plastik lbh kurang 10 minit..tujuannya supaya suhu air didalam plastik sama dgn suhu air kolam dan mengelakkan anak ikan terkejut dan mati..
Kolam yg telah siap dipagar dan bumbung menggunakan net hitam utk mengelakkan anak ikan 'dicuri' burung..
Di bahagian tepi pagar juga diletakkan net hitam utk menghalang biawak menceroboh..
Penat lelah selama ini akhirnya berbaloi apabila melihat anak2 ikan baung ini berenang2 di kolam yg x seberapa ni..
Sunday, April 25, 2010
Design kolam n pam air..
Salam..lepas siap kerja2 menggali kolam, sy tgh fikir cara utk mengairkan kolam sy ni..oleh sbb kolam ni di kawasan tebing anak sungai yg agak tinggi dr paras air so kena guna pam air utk sedut air ke dlm kolam..Gambar kt bwh ni contoh layout pam air utk kolam cuma bezanya gmbr ni utk kolam ikan hiasan tp mekanisme yg digunakan sama..
Sy akan gunakan pam dasar kolam 'sumersible pump' yg diletak di dasar sg utk mengepam air masuk ke dlm kolam..Gmbr pam air kat bwh ni la pam air yg baru sy beli..murah je harganye n sesuai dgn budget sy yg x berapa nk ada..hehehe..pam ni sesuai utk kegunaan kolam ikan hiasan spt ikan koi tp insyaallah sesuai jgk utk kolam ikan baung sy..lg pun kolam sy xla besar mane pn..sekangkang kera je...
Sunday, April 18, 2010
Pengenalan projek
Salam semua..post kali ni sy nk cite ttg projek ternakan ikan yg akan diusahakan secara kecil-kecilan..projek ni sbgi p'cubaan dan hobi mengisi cuti hujg mggu..bt ms ni kolam sy gali sendiri b'saiz lbh kurg 8' x 10'..modal blm cukup utk upah JCB gali kolam yg lbh besar spt penternak2 yg dh success skrg ni..Insyaallah akan dtg bila modal dah cukup akan adalah kolam yg lbh bsr..Jenis ikan yg akan sy cube ternak ialah ikan baung yg popular jgk selain keli..bt ms ni sy tgh kumpul info2 ttg ikan ni.klu sesape ada info n nk kongsi cara nk ternak ikan baung ni bleh ke ruangan komen di sblh..pndpt n pandangan anda amat dialu-alukan n dihargai..
Saturday, April 17, 2010
Kolam siap digali..
Friday, April 16, 2010
Kerja-kerja menggali kolam..
Salam..ni ada bbrp gmbr yang sempat diambil semasa proses menggali kolam..kerja menggali kolam ini dilakukan sy b'seorangan dgn bantuan cangkul dan pongkas shj..
Saiz kolam ni lbh kurg 8' x 10' je..ms gmbr ni diambil baru 50% siap digali..kene dlmkan skit lg..
Seminggu jgk nk siapkan kolam ni...maklumlah gali sorang2 je..teman baikku..cangkul n pongkas..
Saiz kolam ni lbh kurg 8' x 10' je..ms gmbr ni diambil baru 50% siap digali..kene dlmkan skit lg..
Seminggu jgk nk siapkan kolam ni...maklumlah gali sorang2 je..teman baikku..cangkul n pongkas..
Subscribe to:
Posts (Atom)